SKUAD BOLA SEPAK WANITA NEGARA DALAM KEJOHANAN PIALA AFF WANITA | 16 – 25 OKTOBER 2011

by abgteror on August 12, 2011

in Sukan

Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Wanita | Skuad bola sepak wanita negara bakal beraksi dengan menghantar wakil buat kali pertama dalam penampilan sulung ke Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Wanita di Vientiane, Laos pada 16 hingga 25 Oktober ini. Cabaran getir menanti skuad bola sepak wanita kebangsaan apabila mereka bakal diuji Penolong jurulatih skuad itu, Lanti Manggi, berkata 40 pemain dipanggil menjalani pemilihan latihan pusat bermula semalam di bawah kendalian ketua jurulatih, Jacob Joseph di padang Bukit Jalil.

Kami menghadapi masalah kritikal kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam membentuk skuad bola sepak wanita yang kuat. Mereka semua rata-ratanya baru dan masih kurang didedah pada perlawanan antarabangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu membubarkan skuad bola sepak wanita kebangsaan berikutan persembahan hambar pada Sukan SEA Laos 2009. 

Lanti berkata, 40 pemain berkenaan dipilih menerusi Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan 2011 dan pemain-pemain dari Liga Futsal Wanita

“Selain Piala AFF Wanita, kita juga akan membuat persediaan ke Sukan SEA Indonesia,” katanya. 

Lanti berkata, fasa pertama pemilihan itu akan berakhir pada 25 Ogos dan mereka akan memilih 24 pemain yang berpotensi sebelum menyenarai pendek 18 nama dalam antara skuad utama selepas Hari Raya Aidilfitri ini. 

Lapan negara menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Wanita dengan tuan rumah Laos, Indonesia, Vietnam dan Singapura dalam kumpulan A manakala Malaysia pula diundi dalam kumpulan B bersama Myanmar, Thailand dan Filipina. 

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Tan Sri Annuar Musa yang juga Timbalan Presiden FAM menetapkan empat tahun, mulai akhir tahun ini, untuk membentuk kembali skuad bola sepak wanita kebangsaan yang berwibawa. 

Perlawanan pertama skuad wanita negara dalam perlawanan Piala AFF Wanita dijadual menentang Thailand pada 17 Okt.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror