SUNTIKAN VAKSIN HPV PERCUMA BERMULA HARI INI | Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.
Program itu merupakan usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim). HPV merupakan penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks.
Suntikan untuk kumpulan wanita berumur 18 tahun sahaja dibuat selepas suntikan bagi kumpulan wanita berumur 13 tahun dimulakan tahun lalu selepas Belanjawan 2012 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta bagi tujuan itu.
SUNTIKAN VAKSIN HPV PERCUMA BERMULA HARI INI,


















{ 2 comments… read them below or add one }
How about the girl her age are 19 or 20 …? is it need to pay …?
For below age, maybe they don’t need to take the vaksin until the coming age of applied