SURAH AL-KAUTSAR BACAAN RUMI | SURAH PENAWAR

by abgteror on February 14, 2012

in Agama

SURAH AL-KAUTSAR BACAAN RUMI | SURAH PENAWAR 

-

-

Cara Bacaan mengikut tajwid dlm bahasa rumi:

Bismillahhirrohmanirrahim~
innaaaa a’q thoinaaa kal kau sar
fathol lilirob bikawan har
Innnashaaa ni a ka hu al abtar

-

Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

P/S: apabila kita membaca doa dengan niat untuk mengubati dan mendapat khasiat ayat tersebut yakinlah sepenuh hati dan berharap bahawa ianya pasti akan dimakbulkan tuhan..Insyaallah,doa yang baik,pasti dimakbulkan.

Sebenarnya setiap doa kita adalah doa yang dimakbulkan tuhan. Berdoa harus dilakukan dengan ikhlas, sepenuh hati dan pengharapan yang tinggi dan keyakinan yang tinggi bahawa Allah s.w.t mendengar dan akan memakbulkan doa kita. Sekiranya kita mengikut tertib berdoa yang betul lagi bagus. Tapi dalam sesetengah keadaan, apabila berdoa yakinlah bahawa doa kita akan termakbul, Insyaallah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.4/10 (14 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 6 votes)
SURAH AL-KAUTSAR BACAAN RUMI | SURAH PENAWAR, 8.4 out of 10 based on 14 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

Amri0868@ammboi February 14, 2012 at 11:28

perkongsian yang baik bro… :)

Reply

abgteror February 14, 2012 at 11:32

Ayat nie pendek tapi kadang2 senang boleh lupa cara bacaan dia. tu yang buat remind jugak untuk diri sendiri….

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror