CUEPACS GESA TUBUH SURUHANJAYA KHAS KAJI SSM | Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.
Semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu.
Pihak CUEPACS sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.
Semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa. Penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan.
SURUHANJAYA KHAS SEMAK SEMULA SKIM SARAAN MALAYSIA PERLU - CUEPACS,



















{ 0 comments… add one now }