TAMPINES ROVERS FC VS TERENGGANU FA | Malam ini bakal menyaksikan kedua-dua pasukan Tampines Rovers FC dan Terengganu FA
akan berusaha untuk memperoleh mata dalam Kumpulan F Piala AFC pada perlawanan di Stadium Jalan Besar. Ini kerana Tampines hanya berjaya seri dalam saingan setakat ini dan hanya mengumpul 1 mata untuk berada dikedudukan tercorot. Manakala Skuad Penyu menghuni tangga kedua dalam kumpulan F dengan 6 mata.
Apabila ditanya oleh Goal.com Singapura jika jurulatih Tampines mempunyai keyakinan untuk menewaskan Skuad Penyu, beliau berkata: “Kami telah menyaksikan mereka bermain menentang pasukan Malaysia yang lain dan ia tidak akan menjadi mudah.”
Sebaliknya, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris memberi pemandangan beliau dimana Terengganu wajib mencapai kemenangan untuk terus layak untuk pusingan seterusnya.
Francis Forkey Doe dan pemain tengah Joseph Kalang Tie akan bermain untuk memperkuatkan pasukan setelah sembuh dari kecederaan yang dialami sebelum ini.
TAMPINES ROVERS FC VS TERENGGANU FA - AFC CUP 4 APRIL 2012,





















{ 0 comments… add one now }