“TANAH KUBUR” HINA ISLAM? – RASHID SIBIR JAWAB TUDUHAN | Rancangan Tanah Kubur kini rasanya telah melekat pada hati penonton Malaysia. Mana taknya, anak-anak pun dah terjerit-jerit nak tengok cerita tanah kubur tu bila tiba masa siaran. Rasanya rancangan tersebut banyak memberi manfaat dari keburukan, cuma kadang-kala ianya disalah ertikan oleh orang ramai atau pengkritik.
Berbeza dengan cerita yang memaparkan artis seksi, berkemban, berpelukan walaupun watak suami isteri, samseng, mat rempit, gigolo, gay, pondan…..jarang sangat orang nak pertikaikan. Mungkin sebab selera pengkritik. Tapi bila timbul isu siri Tanah Kubur disifatkan menghina Islam, Rashid Sibir menepis tuduhan pembikinan drama bersiri itu menghina agama Islam apabila memaparkan saat-saat musibah individu yang berhadapan saat kematian.
Rashid berkata, drama itu sebenarnya memberi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya tidak berbuat jahat di dunia sekiranya tidak mahu mati dalam keadaan terseksa.
“Allah memberi balasan buruk kepada manusia untuk dijadikan panduan. Kalau tidak, manusia akan terus melakukan keburukan sekiranya tidak ada kejadian yang boleh dijadikan contoh. Ini yang kami terapkan,” katanya.
Drama itu memaparkan imej buruk tentang Islam apabila memaparkan musibah kepada mereka yang melakukan kesilapan. Drama bersiri itu disiarkan sejak Mac lalu menerusi saluran Astro Oasis pada setiap hari Jumaat, pukul 7.30 malam selama setengah jam.
Populariti drama itu telah melonjak sehingga mencatat rating 600 ribu penonton setiap minggu membuatkan pihaknya diminta oleh Astro Oasis untuk menghasilkan sambungannya untuk musim keempat.


















{ 0 comments… add one now }