TARIAN UNSUR SEKS HIBURAN MELAMPAU TARIK LELAKI MIANG KE KELAB

by abgteror on December 29, 2011

in Berita

TARIAN SEKS HIBURAN MELAMPAU TARIK LELAKI MIANG KE KELAB | Sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan ‘hidangan’ yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Persoalannya, mana pihak berkuasa? Mereka ini bukan baru semalam buka kelab tapi mungkin telah bertahun-tahun. Ade kira-kira ke ape nie? Bila dah diketahui umum terpaksa berlakon serbu dan kemudian esok buka balik? Apa kejadahnya ada pihak berkuasa yang menjalankan tugas?

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror