Tarikh Akhir Hantar Borang BE | LHDN

by abgteror on April 15, 2011

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan pembayar cukai bahawa hanya tinggal 15 hari untuk penghantaran borang cukai Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE). Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir mengemukakan borang BE bagi Tahun Taksiran 2010 ialah pada 30 April ini. 

Kegagalan mengemukakan borang ini adalah satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Justeru, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai untuk mengemukakan borang itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan e-Filing kerana ia mudah, tepat dan selamat. Untuk keterangan lanjut, pembayar cukai boleh melayari laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui talian 1-300-88-3010. — BERNAMA
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

Selda February 15, 2014 at 05:27

Admin, i have doubt if it was the copycat that ctmnemoed than how could it possible that your latest post be as copycat recently posted..Review All Blog Known as 100% Copycat Blog . It only can appear if you ctmnemoed as copycat.[]admin Reply:March 18th, 2012 at 3:12 pmActually, he quoted me as copycat with my blog link in the comment so for sure commentluv will take the latest post from my blog, So i’m the one amend it.. Why should i be the copycat while he the one do does thing? Am I correct? And one more he ctmnemoed as soon as I posted this post. thats wat more shocking Maybe he was in the edge of copycatting another post of mine in that time..[]

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror