TAUKEH KAHWIN DI SIAM DALAM DIAM?

by abgteror on August 8, 2012

in Hiburan

Post image for TAUKEH KAHWIN DI SIAM DALAM DIAM?

TAUKEH KAHWIN DI SIAM DALAM DIAM? | Pengakuan jujur Taukeh terhadap perkahwinan ketiga yang dijalankan di Thailand bersama isteri barunya Meera adalah benar dimana dia telah bernikah sebelum menyertai pertandingan Super Spontan di saluran 132 Astro. Taukeh atau nama sebenara Zamatul Amri Zakaria, 35 mengaku sudah bernikah 3 kali. Namun 2 perkahwinan terdahulu berakhir dengan perceraian.

“Sejujurnya saya sudah berkahwin sebanyak 3 kali termasuk perkahwinan yang ketiga ini. Saya bersama isteri mengambil keputusan untuk menjalankan upacara di Thailand disaksikan beberapa teman lain.”

“Isteri pertama saya sudah lama bercerai manakala isteri kedua dalam proses perceraian yang masih diuruskan pihak mahkamah.”

Tidak tahu mana silapnya, Taukeh memberitahu perkahwinan yang ketiga ini diharap kekal hingga ke penghujung mengalami situasi berbeza apabila dia memberitahu perkahwinan ketiga yang dibina atas dasar cinta ini mengalami kesulitan apabila sudah sebulan tidak berjumpa.

Perancangan awal Taukeh mahu membuat satu majlis kecil-kecilan selepas Hari Raya namun memikirkan keadaan rumah tangganya sekarang, dia sendiri tidak pasti. Apapun, diharap perkahwinan kali ini akan berkesudahan hingga ke akhir hayat. Amin…

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
TAUKEH KAHWIN DI SIAM DALAM DIAM?, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: