Negeri Terengganu terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut. Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2011 negeri itu meningkat kepada 4.92 peratus berbanding 5.03 peratus pada 2010.
Pencapaian itu mengatasi GPN Nasional 5.04 peratus dan rekod pencapaian ini merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun seperti juga rekod pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Peningkatan GPN ini antaranya disebabkan penumpuan calon terhadap mata pelajaran yang diambil setelah dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dan penambahan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan itu.
Pencapaian calon SPM tahun lepas pada umumnya meningkat daripada segi kualiti dan kuantiti apabila seramai 408 calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
KUALA LUMPUR
Seramai 41 calon mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 25 calon pada 2010, dan dua daripada 55 calon istimewa mendapat keputusan cemerlang dengan masing-masing mendapat 4A+, 2A dan 3A- (calon rabun), dan 3A+, 4A, 2A- (calon kecacatan lain). Sebanyak 1,002 calon tahun lepas memperoleh gred cemerlang (A+,A, A-) berbanding 792 calon pada 2010.
PULAU PINANG
Seramai 57 calon mendapat gred terbaik A+ bagi semua mata pelajaran berbanding 25 pelajar pada tahun 2010. Seorang murid berkeperluan khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong yang mengalami masalah autisme, George Lee Kean Yan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 2A, 4B+ dan 3B. Seramai 850 calon tahun lepas berjaya memperoleh gred cemerlang (A dan A-) berbanding 819 pada 2010. Seramai 18,914 calon dari 21,383 calon yang hadir menduduki peperiksaan SPM 2011 layak mendapat sijil.
NEGERI SEMBILAN
Seramai 755 calon di negeri itu cemerlang apabila memperoleh A+, A, A-, berbanding 620 orang pada tahun 2010, dengan 40 pelajar sekolah kerajaan mendapat pangkat A+ dalam semua pelajaran yang diambil. Negeri Sembilan menduduki tempat keempat di peringkat kebangsaan.
IPOH
Seramai 1,064 calon negeri ini memperoleh gred cemerlang dan daripada jumlah itu 42 pelajar mendapat gred cemerlang tertinggi. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh muncul sekolah terbaik negeri apabila mencatat kelulusan 100 peratus dengan enam pelajarnya mendapat keputusan 9A+. Sebanyak 37 sekolah di negeri ini mencatat kelulusan 100 peratus.
KOTA BAHARU
Seramai 18 calon dari sembilan sekolah memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding enam pelajar pada 2010, manakala 358 pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diduduki, meningkat 80 calon berbanding 278 orang pada tahun 2010. Seramai 36,315 calon menduduki SPM di negeri ini tahun lepas.
KUANTAN
Jumlah pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil meningkat 1.85 peratus iaitu seramai 413 orang berbanding 381 calon pada tahun 2010. Sebanyak 52 sekolah mencatat kelulusan 100 peratus berbanding 37 sekolah tahun sebelumnya.
KANGAR
59 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diduduki dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma mencatat jumlah paling ramai mendapat keputusan cemerlang iaitu 27 orang, kata Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa. Munira Mahammad Noor dari Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Arau muncul pelajar terbaik negeri apabila mendapat 11A+ dan 1A.
JOHOR BAHARU
Seramai 1,323 calon di negeri ini mendapat keputusan cemerlang dengan gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 1,101 orang pada tahun 2010.
MELAKA
Seramai 428 calon SPM memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki, meningkat daripada 318 pelajar pada 2010.
SARAWAK
Pencapaian calon SPM 2011 secara keseluruhan menunjukkan peningkatan apabila seramai 48 calon mendapat A+ berbanding 36 calon pada 2010.
SABAH
Seramai 189 pelajar memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 152 pada 2010.
TERENGGANU DIUMUM NEGERI TERBAIK SPM 2011,



















{ 0 comments… add one now }
{ 1 trackback }