TERENGGANU KEKAL PENCAPAIAN TERBAIK UPSR BAGI TAHUN 2011

by abgteror on November 17, 2011

in Sukan

TERENGGANU KEKAL PENCAPAIAN TERBAIK UPSR BAGI TAHUN 2011 | Terengganu terus mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut. Seramai 3,548 calonnya memperoleh semua A (15 peratus) daripada 22,801 calon, peningkatan 0.2 berbanding tahun lalu manakala gred purata negeri bertambah baik kepada paras 2.15 peratus. -

Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

Anak petani, pembantu kantin dan pekerja kilang antara tujuh pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Dusun di sini. Biarpun terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan, namun murid di sekolah luar bandar ini tetap membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelajar lain sehingga membantu sekolah itu muncul sekolah terbaik UPSR di Terengganu. Tinjauana mendapati sekolah itu mempunyai 65 murid di Tahun Satu hingga Enam dan sebahagian besar daripada mereka belajar di bangunan kayu. Guru Besar Sekolah itu Noraini Lebai Abdul berkata, 15 calon yang menduduki peperiksaan itu semuanya lulus, dan pencapaian cemerlang yang dicatat adalah hasil kerja keras guru hingga mampu memperoleh 1.23 Gred Purata Sekolah (GPS).

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror