TUKAR SEKOLAH VOKASIONAL KEPADA KOLEJ VOKASIONAL???

by abgteror on September 11, 2011

in Sukan

PROGRAM ASAS VOKASIONAL | 15 SEKOLAH DIPILIH MULAI 2013 | Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana. PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional.

Macammana tu? Abgteror sebagai bekas pelajar Teknik sedikit kecewa kerana sebelum ini, kebanyakan sekolah yang telah diiktiraf sebagai teknik ditukar semula ke vokasional dan sekarang menjadi kolej vokasional. Jadi, adakah ianya sama seperti pembelajaran semasa adanya sekolah teknik atau diupgrade lagi atau masih tiada hala tuju?

Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan dibenarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ianya supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia.

PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
TUKAR SEKOLAH VOKASIONAL KEPADA KOLEJ VOKASIONAL???, 10.0 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

mohd zarif aiman April 13, 2013 at 13:06

aslmuaikum…sya nk tnya bagaimanakah nk buat pertukaran kolej??

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror