UiTM SHAH ALAM DILANDA BANJIR KILAT | UiTM INTERNATIONAL CENTRE

by abgteror on December 8, 2011

in Bencana

UiTM SHAH ALAM DILANDA BANJIR KILAT | UiTM INTERNATIONAL CENTRE | Berbelas kenderaan di tempat letak kereta di UiTM International Centre (UIC) dimasuki air berikutan banjir kilat berhampiran pintu masuk belakang Universiti Teknologi Mara (UiTM), tengah hari tadi. Kawasan itu dinaiki air sehingga paras lutut selepas hujan lebat tanpa henti lebih dua jam, bermula 11 pagi tadi.

Seorang pekerja di kawasan itu berkata, air mula naik kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan mencecah paras lutut setengah jam kemudian sebelum mula surut jam 2.30 petang. ”Saya lihat ramai orang mengalihkan kenderaan mereka ke kawasan lebih tinggi. Mujur banjir ini tidak memasuki kawasan dalam bangunan,” katanya.

No related content found.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror