UNCLE SEEKERS DITAHAN POLIS???

by abgteror on July 5, 2012

in Berita

Post image for UNCLE SEEKERS DITAHAN POLIS???

UNCLE SEEKERS DITAHAN POLIS??? | Betul ke Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor?

Menurut sumber, beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat. Apapun kita tunggu kenyataan beliau agar perkara ini tidak menjadi finah semata-mata yea.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
UNCLE SEEKERS DITAHAN POLIS???, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 2 comments… read them below or add one }

oh cencalok July 10, 2012 at 21:44

lambat molek demo…

Reply

Oh! budu July 5, 2012 at 19:34

terjah blog uncle kejap. hihi

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: