VIDEO & GAMBAR EKSLUSIF! KEJADIAN RUSUHAN DI SINGAPURA

by abgteror on December 9, 2013

in Berita, Jenayah, Luar Negara

Post image for VIDEO & GAMBAR EKSLUSIF! KEJADIAN RUSUHAN DI SINGAPURA

VIDEO & GAMBAR EKSLUSIF! KEJADIAN RUSUHAN DI SINGAPURA | Menurut sumber The Straits Times Singapore, polis rusuhan kini masih lagi mengawal keadaan di sekitar ‘Little India’ di sini bagi memastikan rusuhan yang berlaku pada malam Ahad tidak menjadi semakin serius.

Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang pekerja asing warganegara Bangladesh dilanggar oleh sebuah bas di kawasan yang dikenali sebagai ‘Little India’ itu.

Rusuhan tersebut kemudiannya menjadi semakin serius hingga melibatkan sekumpulan besar warga asing di mana mereka bertindak menyerang dan membakar ambulans serta beberapa buah kereta peronda polis yang mengawal kemalangan dikawasan tersebut.

Kami kongsikan beberapa foto kejadian rusuhan yang berlaku di ‘Little India ‘ yang berlaku lebih kurang jam 10 malam pada malam Ahad.

Menurut kenyataan polis Singapura pada jam 12.48 pagi Isnin, 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.

Sekurang-kurangnya dua buah kereta polis diterbalikkan oleh para perusuh di tengah jalan manakala sebuah ambulans dibakar.

Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean berkata rusuhan di Little India malam tadi adalah satu insiden yang amat serius dan pihaknya akan menangkap mereka yang terbabit.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
VIDEO & GAMBAR EKSLUSIF! KEJADIAN RUSUHAN DI SINGAPURA, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror