YOUTUBE SEKAT INNOCENCE OF MUSLIMS – FILEM HINA ISLAM | Anak syarikat Google Inc., YouTube akhirnya menyekat akses ke filem Innocence of Muslims kepada pengguna internet di Malaysia selepas ia mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana secara jelas menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Sekatan terhadap filem Innocence of Muslims di negara ini bermula petang semalam selepas mereka diarah berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ianya kerana SKMM mempunyai garis panduan masyarakat yang jelas dan apabila sesebuah filem melakukan pelanggaran peraturan, syarikat akan menarik balik penayangannya.
SKMM akan menyekat akses ke sesebuah filem di mana sahaja YouTube tempatan dilancarkan jika diberitahu ia menyalahi undang-undang (tempatan) dan selepas kajian menyeluruh terhadapnya dilakukan.
YOUTUBE SEKAT INNOCENCE OF MUSLIMS - FILEM HINA ISLAM,


















{ 0 comments… add one now }