ZIZAN MASUK HOSPITAL AKIBAT RADANG OTOT

by abgteror on April 30, 2012

in Hiburan

ZIZAN MASUK HOSPITAL AKIBAT RADANG OTOT | Agak menggemparkan bila dikhabarkan Zizan Abdul Razak atau Zizan telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai akibat keradangan otot.

Waktu tu, Zizan tengah bersiap nak pi Ipoh untuk menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut. Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.

Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil.

Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja. Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih.

Manakala, keputusan untuk terlibat dalam program Super Spontan hanya akan diketahui selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital.

Semoga Zizan cepat sembuh dan dapat menghibur semula peminat-peminat Zizan yea….ramai tuh peminat.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)
ZIZAN MASUK HOSPITAL AKIBAT RADANG OTOT, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror